Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Datang Lagi

Esok kita start puasa. The third year after the Incident...

Tuhan,
Aku bersyukur
Kau berikan aku peluang
Peluang untuk perbaiki hidupku

Tuhan,
Tiga tahun lalu
Aku hanyut dalam duniaku sendiri
Aku hanyut dalam keseronokan
Sehingga aku lupa padaMu

Tuhan,
Sesungguhnya Kau masih sayang padaku
Aku bersyukur kerana Kau masih mengingatiku
Kau berikanku jalan, Tuhan
Jalan untuk aku kembali kepadaMu

Tuhan,
Aku kembali padaMu
Setelah sekian lama aku lupakanMu
Setelah sekian lama aku ingkar

Tuhan,
Aku berdoa padaMu
Jangan dipesongkan hatiku ini
Tetapkanlah Imanku
Aku ingin menjadi umatMu yang paling taat
Aku ingin kembali padaMu, Ya Rabbi

Sesungguhnya aku hanya insan yang kerdil lagi hina
Yang tidak kebal dari melakukan dosa
Yang tidak kebal dari godaan syaitan
Aku mohon perlindungan dariMu
Tuhan sekelian alam...

Sunday, September 02, 2007

Aduh.... Sakit Jantung dibuatnya

Okay, this entry will be in Malay and English.... rojak day today..

Petang tadi sepatutnya pegi dating ngan Abang before dia balik KL. Tapinye entah kenapa dia tak call. I tried texting him, tapi it didn't get through. Mula-mula relax je, knowing him yang selalu handphone batterynya kaput. Tapi bila dah sampai ke petang, still takdek khabar berita, mula la hati nih pikir yang bukan-bukan.

I paling risau kalau anything happened to him. Eiii, taknak imagine pun. I taknak jadi macam my friend a couple of years ago when her boyfriend meninggal sebab accident. Sangat kesian. I don't think I can handle that you see. I may not be as strong as my friend. Mahu lembik aku kot.

Setelah penat risau-risau kan diri, akhirnya dekat-dekat pukul 10 tadi, baru la dapat cerita yang sebenar-benarnya. Rupa-rupanya kawan yang dia supposed to car pool nak balik KL, accident plak kat Kemaman. Yang dia ni, dok jadi kawan yang baik lagi bertanggungjawab, pi la tengok kawan dia tu kat Kemaman. Patah kaki katanya. Minah tu plak, handphonenya pecah disebabkan oleh accident tu, maka digunakan pulak la handphone Abang sebagai ganti.

Maka, conclusionnya, tolong la Abang ooiii, lain kali jangan la buat orang risau macam nih. Sakit jantung dibuatnya!